Jika anda penggemar makanan Jepun, ini lokasi makanan yang boleh anda cuba. Terletak di Quill City Mall, pada yang tidak tahu ke sana, lokasi pusat membeli belah ini betul-betul di depan Sheraton Imperial Hotel @ Jalan Sultan Ismail.
Apa yang menarik di Gantetsu Tori?
Berasal dari Hokkaido, Jepun ini terkenal dengan bahan-bahan segar yang kaya dan semua jadi. Istimewanya signature soup Gantetsu Tori dimasak selama berjam-jam bagi mendapatkan rasa yang cukup, digabungkan original Hokkaido tender noodles yang diimport, mewujudkan keenakan rasa yang dijamin.
Dengan motto “To be Persistent and Not Compromising in Providing Outstanding Quality and Taste”, menjadikan tempat ini dianugerahi pelbagai penghargaan di Jepun.
Wanista sudah merasai beberapa makanan seperti tersenarai di bawah dan boleh dikatakan semuanya sedap, signature soup memang sangat lazat, mi juga kenyal dan tidak muak.
Menu yang mesti dicuba:
Special King Chicken Ramen, RM26.90
Special Chicken Gyoza, 3pcs, RM5.60
Fried Chicken Karaage, 3pcs, RM9.90
Hokkaido Potato Croquette, RM8.50
Hokkaido Chicken Katsu Curry Sauce, RM23.90
Chicken Teriyaki Ramen, RM25.90