Lamanya tak dengar khabar berita pengacara diva dan sensasi Azwan Ali. Baru sahaja abangnya YB Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, kami pun rasa ingin tahu mengenai perkembangan pengacara yang amat popular sekitar tahun 90an ini.
Kami pun menerjah laman Instagram miliknya… dah alangkah terkejutnya apabila melihat gambar Azwan Ali hampir berumur 50 tahun ini yang semakin sasa dan macho. Memang nampak lain dari dulu dengan susuk tubuh yang lebih kurus berbanding dahulu. Apakah rahsianya? Belek punya belek, Azwan dikatakan memulakan dietnya sejak 2 bulan lalu dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan juga rutin senaman di gimnasium. Kalau rupa pun dah hensem, rasanya Azwan Ali bolehlah buang pose muncung dan gantikan dengan pose lebih gagah serta penggunaan perkataan yang tak elok dari Instagram itu kot? Barulah kena dengan gaya macho abang Azwan, betul tak?
Nak seribu daya, tak mahu tu macam-macam alasanlah kan? Okaylah, malas kami nak membebel panjang, lihat saja gambar Azwan Ali dulu, kini dan selamanya!
Azwan Ali suatu ketika dulu, memang kacak orangnya