Penyanyi dan pelakon manis, Amy Mastura yang usianya mencecah 44 tahun masih kelihatan langsing dan manis sehinggakan susah untuk melihat perubahan ketara pada dirinya.
Apabila ditanya mengenai rahsia kecantikan dan awet mudanya, beliau mengatakan tiada rahsia kecantikan menjadi amalannya, cuma yang ada pegangan kuatnya kepada prinsip kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan. Tidak hairanlah, Amy sentiasa dilihat memberikan raut wajah yang tidak lokek dengan senyuman selain sikapnya yang mudah didekati hingga membuatkan ramai menyenangi penampilan artis kecil molek ini.
Amy mengamalkan rutin makan dengan bersederhana, sebagai contoh sekiranya hendak memakan nasi, tidak perlu setiap hari. Selain itu, bersenam juga tidak keterlaluan yang boleh memudaratkan badan. Beliau juga kurang mengamalkan sebarang petua tradisional untuk kekal muda, tetapi mengambil makanan yang sihat selain mengamalkan pengambilan vitamin untuk kecergasan badan.
Menyentuh soal penjagaan badan dan senaman, beliau menggunakan mesin bersenam memandangkan umurnya yang semakin meningkat.
Amy turut berkongsi bahawa dirinya tidak pernah melakukan sebarang suntikan demi kecantikan, sebaliknya menerima perubahan wajah mengikut peredaran usia serta menghargai proses semulajadi itu.
Sumber: BH Plus