KIX HD (Astro Ch. 729), destinasi utama hiburan aksi mengumumkan hari ini sepuluh orang finalis untuk R U Tough Enough? (RUTE), pencarian seluruh negara untuk “Insan Paling Gagah di Malaysia”. Lelaki dan wanita gagah ini bakal bertarung di Sunway Pyramid pada 13 Jun untuk hadiah utama wang tunai RM30,000.
Salah satu daripada mereka bakal ditabalkan sebagai “Insan Paling Gagah Malaysia” di pertarungan Jun 13. Mereka yang tidak dapat hadirkan diri di Sunway Pyramid pada hari tersebut boleh menonton mini episod tentang peserta di KIX HD bermula 28 haribulan Mei. KIX HD juga bakal siarkan dua rancangan TV istimewa RUTE : The Road to R U Tough Enough pada 15 Julai jam 9 malam, dan R U Tough Enough 2015 – Malaysia pada 22 Julai jam 9 malam.
Dapatkan info terkini tentang pertandingan ini melalui laman web pertandingan www.KIX-TV.com/tough, Laman Facebook KIX HD: facebook.com/KIXAsia, Twitter: @KIXAsia, dan Instagram: @KIXAsia.