Sudah tiba masanya anda merancang percutian anda kerana AirAsia menawarkan promosi lebih daripada setengah juta tempat duduk percuma bersama-sama dengan 1.8 juta tempat duduk tambang rendah untuk penerbangan terpilih.
” Promosi Tempat Duduk Percuma adalah tanda sokongan dalam membuat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang rendah yang berjaya dan telah membawa lebih 220 juta tetamudalam12 tahun operasi,” kata Siegtraund Teh, Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia .
Tawaran menarik ini adalah bagi penerbangan domestik dan antarabangsa ke Langkawi, Pulau Pinang, Terengganu, Singapura, Bangkok, Bandar Raya Ho Chi Minh dan lain-lain boleh dimenangi.
Di samping itu, jika tempat duduk ditempah sekali dengan penginapan hotel, AirAsiaGo akan memberi penjimatan sehingga 75% dan sehingga 50% untuk penginapan hotel.
Promosi tambang bermula dari serendah RM0 (tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan), dan tempahan dibuka dari 24 Februari – 2 MAC bagi tempoh perjalanan dari 1 Okt hingga 30 April, 2015.
Selain negara-negara Asean, AirAsia X menawarkan tambang rendah dari RM169 (semua masuk sehala) ke atas ekonomi dan RM669 di tempat duduk premium ke Sri Lanka, Arab Saudi, Australia, Jepun, Taiwan, Korea Selatan, Nepal dan China dari Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, layari www.airasia.com.
Sumber : www.thestar.com.my