Okayama yang juga diberi jolokan bandar buah-buahan di Jepun, dikenali dengan buah pic yang ranum anggur yang manis telah menjadi hit di Malaysia untuk beberapa tahun yang lalu. Pada 26 Ogos, Ryuta Ibaragi, Gabenor Okayama yang juga merupakan salah satu wilayah di Jepun, terbang untuk melawat Kuala Lumpur untuk mempromosikan produk pertanian Okayama di negara ini. Gabenor itu telah menganjurkan promosi di Kuala Lumpur untuk menggalakkan jualan buah dari Okayama terkenal yang dijual di restoran-restoran Jepun dan kedai-kedai terpilih di Kuala Lumpur.
Promosi Okayama Fair adalah seperti berikut:
- 22 Ogos – 28 Ogos 2014 – Merasa dan promosi jualan pic putih Okayama dan anggur yang diadakan di Isetan KLCC
- 23rd August – 20 September 2014 – Menu a la carte yang diperbuat daripada bahan-bahan dari Okayama, termasuk tiram dieksport dengan CAS (Sel Sistem Hidup) buat pertama kalinya, dan akan disediakan di Iketeru, KL Hilton –
- 23 Ogos – 23 September 2014 – Promosi makanan dan tiram dari Okayama di restoran Kampachi Troika (KLCC) , Pavilion Kuala Lumpur, Plaza33 ,Petaling Jaya dan Johor Premium Outlet , Johor Bahru