Deria dan tubuh badan manusia mampu untuk bertindak balas dengan bau-bauan.
Sebagai contoh, aromaterapi boleh memberi tindak balas yang positif terhadap tubuh badan dan emosi manusia. Kandungannya adalah terdiri daripada estrak yang diambil dari bunga-bungaan, kulit kayu, batang atau pucuk tumbuhan, dedaun, akar dan mana-mana bahagian tumbuhan yang boleh mempertingkat sifat psikologi dan kesejahteraan fungsi fizikal manusia.
Selain itu, aroma yang dihidu daripada minyak essential secara amnya dipercayai bisa merangsang fungsi otak.
Minggu lepas, jenama aromaterapi dan rangkaian penjagaan kulit yang disanjungi ramai, THANN telah melancarkan produk dan koleksi lengkapnya di Malaysia. Tony Suppattranont, pengasas dan pengarah urusan Thann-Oryza Ltd, berkongsi pandangan, ilham, cita-cita dan falsafahnya mengenai unsur sains dan reka seni yang disebati dalam jenama THANN beserta produknya pada acara pelancaran bertempat di Tamarind Hill, Jalan Sultan Ismail.
Enam Koleksi THANN yang ditampilkan. Untuk penjagaan kulit – Rice Collection dan Shiso Collection; bersama 4 koleksi aromaterapi terdiri daripada Aromatic Wood, Sea Foam, Oriental Essence dan Eden Breeze.
THANN adalah jenama yang diasaskan oleh seorang ahli perniagaan Thailand yang arif pada tahun 2002. Ia menggabungkan sensasi khasiat tumbuhan yang dituai dengan penuh teliti dari bumi gajah putih bersama sains dermatologi moden.
Kajian demi kajian dilakukan bagi membaik pulih produknya sehingga dapat menembusi pasaran antarabangsa. Oleh itu, THANN kini menempatkan produknya di lebih 18 lokasi luar negara, bukan hanya di Asia, malah juga di sekitar Amerika Syarikat dan Eropah.
Selain diiktiraf dan merangkul hampir lima anugerah apresiasi sepanjang tahun 2005 hingga 2015, THANN juga menjadi membekal utama rangkaian mandian di kebanyakkan hotel, pusat penginapan ternama seluruh dunia. Ini secara tidak langsung memperlihatkan kemajuan syarikat itu dalam menambat hati para pengguna yang berpotensi selain telah berjaya menempa nama dalam dunia produk kecantikan dan kesihatan global.
Kemasukan THANN ke Malaysia baru-baru ini dilihat sebagai satu batu loncatan untuk produk berkenaan terus berkembang di rantau Asia.
Tony Suppattranont, Pengasas Jenama Thann berkata, “Saya tertarik terhadap alam semula jadi sejak kecil dan sentiasa berminat pada reka seni dan pembaharuan. Saya juga memikirkan tentang perniagaan yang akan menggabungkan kesemuanya.”
“Saya melihat Thailand sebagai sebuah negara pertanian yang kaya dengan sumber bahan mentah semula jadi, tetapi sumber ini tidak digunakan untuk perniagaan jagaan diri atau aromaterapi. Kebanyakkan bahan ini digunakan hanya sebagai ramuan masakan”, tambahnya.
Antara koleksi baharu THANN adalah Koleksi Shiso yang telah memanfaatkan sepenuhnya penggunaan sejenis daun herba yang mampu bertahan dalam keadaan kemarau dan cuaca ekstrem. Sehubungan sifat-sifat ini, Shiso disunting untuk menjadi ramuan terkenal dalam masakan Jepun malah juga sebagai ramuan penting dalam makanan makro biotik kerana sifat-sifat penyembuhannya. Hasil keberkesanan ini telah disokong dan disanjung oleh hasil penyelidikan yang terperinci.
Sebagai jenama penjagaan kulit pertama yang menerapkan ekstrak Nano Shiso, koleksi Shiso daripada THANN menggabungkan kebaikan tumbuhan Shiso dari negara matahari terbit dan Ekstrak Biji Nano Shiso untuk penggunaan optimum.
Sebagai pakar dalam bidang aromaterapi pula, THANN menggunakan minyak pati berkualiti tulen dalam setiap produk yang dihasilkan kerana ketulenan minyak akan memastikan penyebaran bauan kuat yang tidak keterlaluan. Sifat mikrobial minyak pati juga memastikan produk THANN bebas dari bahan pengawet dan paraben.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.thann.info