Kini rakyat Malaysia boleh memeriksa harga terkini dan juga membuat perbandingan harga barang asas makanan di portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) . Ini merupakan portal kepenggunaan yang interaktif dan berinformasi yang memberi manfaat kepada pengguna dalam mendapatkan panduan kepenggunaan. Portal ini merupakan saluran alternatif pengguna untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan melalui ruangan interaktif seperti forum, blog, laman sembang dan soal jawab bersama YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan semasa harga lebih 100 barangan keperluan pengguna di seluruh negara melalui aplikasi Pricewatch. Pricewatch membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan.
Selain itu juga terdapat senarai lokasi restoran dan juga premis yang menyediakan Menu Rakyat 1Malaysia yang menawarkan set sarapan pagi dan juga makan tengahari dengan harga serendah RM2.00 hingga RM5.00.