Kasut adalah pelengkap gaya. Bila sudah manis bergaya dengan persalinan baju kurung , kebaya atau jubah pada lebaran yang bakal menjelang minggu hadapan, tentu spoil jika anda tersalah memilih kasut untuk dipadankan. Tidak semestinya perlu beli yang baru, anda juga boleh menyuai padan sahaja busana anda dengan koleksi kasut anda yang sedia ada.
Pada pandangan kami, selipar jepun mungkin terlalu undressed manakala fesyen platform dan sky heel pula mungkin kurang tepat kerana kebiasannya, pada hari raya, lumrahnya aktiviti yang dijalankan adalah menziarah rumah saudara dan jiran tetangga , menziarah kubur keluarga dan saudara mara anda. Kasut jenis pump pula kelihatan terlalu formal untuk berhari raya .
Heels sandal, wedges , slip on heels dan flat sandal kami kira paling tepat untuk hari lebaran anda. Kami berikan beberapa contoh rekaan kasut yang kami maksudkan. Apapun, pilihan di tangan anda, tepuk dada tanya selera sendiri ok.
Kredit imej : Zalora dan Media Malaya