Buka sahaja peti ais, ada bau yang kurang menyenangkan. Apa tidaknya pelbagai barang diletakkan dalam peti ais, daripada barangan basah, kering, lebihan makanan semuannya anda bantai letak dalam peti ais.
Ikuti tips berguna untuk menghilangkan bau yang boleh membuatkan anda muntah itu.
#Roti
Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan masukkan 2 atau 3 keping roti di dalam peti sejuk, selama 5 hingga 14 hari sehingga roti menjadi kering. Roti akan menyerap segala bau di dalam peti sejuk.
#Esen Vanila
Cara pertama, cuba sediakan mangkuk air paip dan titiskan beberapa titik esen vanila dan letakkan dalam peti ais. Kesannya ia akan mengeluarkan bau yang harum. Selesai membersih peti ais, tuangkan sedikit esen vanilla pada sehelai kain bersih dan sapukan ke seluruh bahagian peti ais dan susun kembali barang seperti biasa. Kesannya peti ais akan berbau segar.
#Arang
Selain itu, anda boleh juga menggunakan arang. Caranya dengan meletakkan 2 hingga 3 ketul arang di dalam peti ais. Arang berfungsi menyerap segala bau yang kurang enak di dalam peti ais. Cara seterusnya, letakkan arang bersama beberapa hirisan buah limau purut, bau akan hilang dengan sendirinya.
#Nenas
Kulit nenas diletakkan dalam peti ais. Biarkan selama beberapa hari sehingga kulit nenas kecut, lalu, gantikan dengan kepingan kulit nenas yang baru.
#Soda Bikarbonat
Ambil beberapa sudu soda dan bancuhkannya bersama air. Ambil kain dan lapkan di sekeliling bahagian peti ais. Hasilnya bau akan lebih cepat hilang.