Pesawat / jet pejuang adalah pesawat tentera yang direka khusus untuk bertempur dengan kapal terbang lain. Ia berbeza dengan pesawat pengebom, yang direka bagi menyerang sasaran darat, terutamanya menggugurkan bom. Pesawat pejuang secara umumnya, adalah lebih kecil (jika dibandingkan dengan pesawat pengebom), lebih laju, mempunyai ketangkasan yang tinggi dan dilengkapi dengan sistem deria dan senjata yang canggih untuk memintas dan bertempur dengan kapal terbang musuh. Mercu tanda pesawat pejuang adalah kelajuan tinggi, mudah dikendalikan dan saiz yang kecil berbanding dengan pesawat tempur lain.
Bagi menyukarkan ia daripada dikesan, pesawat pejuang kebiasaannya terhasil dalam warna yang gelap. Namun begitu, ada juga pesawat pejuang yang diberikan skema warna yang lain daripada yang lain. Ini boleh dilihat pada pesawat yang digunakan untuk sesuatu pertunjukan khas, seperti di bawah:
Sumber: Blog Serius