Satu serpihan pesawat yang mempunyai persamaan dengan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dijumpai di Pulau La Reunion dekat Magadascar di Lautan Hindi.
Penemuan itu mencetuskan persoalan ia mungkin pesawat yang dilaporkan hilang di perairan Malaysia pada Mac tahun lalu. Seorang pakar bidang keselamatan penerbangan, Xavier Tytelman, percaya ia mungkin serpihan pesawat MH370 berdasarkan bentuk serpihan berkenaan yang sama dengan pesawat MH370, Boeing 777.
Serpihan sepanjang dua meter itu yang kelihatan seperti bahagian sayap dijumpai penduduk tempatan ketika kerja-kerja pembersihan pantai dijalankan dan mempunyai nombor kod.
“Kod berkenaan bukan bukan nombor plat pendaftaran, juga bukan nombor siri, bagaimanapun nombor rujukan itu akan memudahkan ia dikenalpasti. Dalam beberapa hari, kita akan mendapatkan jawapannya,” katanya.
Nombor yang tertera pada serpihan itu; BB670.
Sementara itu, The Telegraph melaporkan polis di Pulau Reunion yang membuat pemeriksaan awal terhadap serpihan itu berkata ia mungkin telah berada di dalam air kira-kira setahun, bermakna ia mungkin merujuk kepada MH370.
“Kami tidak dapat pastikan tetapi kami fikir mungkin ia merujuk kepada pesawat berkenaan,” katanya.
Pegawai pengangkutan udara Perancis juga dilaporkan telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat dari mana datangnya serpihan berkenaan.
Sejak dilaporkan terputus hubungan pada Mac tahun lalu, pasukan pencari dan penyelamat tidak menjumpai serpihan pesawat MH370, kejadian yang dianggap misteri dalam sejarah penerbangan.
Kami akan update dari semasa ke semasa.
Sumber : Siakapkeli.my & Astro Awani