Asah kemampuan vokal dan mulakan latihan bersama lagu pilihan terbaik anda sempena penganjuran kedua pertandingan nyanyian “The Right Note”. Hari ini, Stepsils melancarkan pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan sejajar dengan Hari Suara Sedunia 2015 berserta ganjaran, rakan kerjasama dan peluang baharu untuk bakat-bakat nyanyian baharu di seluruh negara. Tahun ini, pencarian bakat muzik juga dibuka untuk peserta berkumpulan (band) dengan maksimum lima anggota.
Dipimpin oleh duta Strepsils dan Ratu Jazz Malaysia, Dato’ Sheila Majid, para peserta bakal merebut hadiah kemenangan bernilai lebih RM30,000. Ganjaran tersebut termasuk hadiah wang tunai berjumlah sehingga RM14,000, baucar Red Box bernilai RM6,200 dan residensi tiga bulan bersama bar muzik live popular – The Timbre Group.
Menerima lebih 500 penyertaan dan lebih 50,000 tontonan video para peserta dalam tempoh sebulan, pelancaran rasmi pertandingan nyanyian “The Right Note” pada 2014 meraih sambutan menggalakkan daripada masyarakat. Ia membuktikan betapa besarnya potensi bakat nyanyian yang terdapat di negara ini. Pertandingan nyanyian “The Right Note” bertujuan untuk menekankan kepentingan dan keperluaan penjagaan suara yang sihat dalam kalangan rakyat Malaysia dan dalam masa yang sama menyokong misi dan impian penyanyi baharu yang ingin mencipta nama di industri seni suara!
Duta jenama dan penyanyi prolifik negara, Dato’ Sheila Majid menambah: “Sebagai seorang penyanyi, saya juga mengutamakan kepentingan penjagaan kualiti suara yang sihat. Malah menyanyi merupakan medium komunikasi dalam kehidupan seharian saya dan tidak dapat membayangkan jika ia gagal berfungsi dengan baik. Saya amat berterima kasih dapat menjadi sebahagian daripada Stepsils “The Right Note” bagi meraikan mereka yang dianugerahkan vokal memukau dan menyokong kepentingan tekak yang sihat. Selain itu, saya juga berharap untuk mencungkil lebih ramai bakat muda menerusi penyertaan mereka tahun ini.”
Bagi menyertai pertandingan nyanyian “The Right Note”, para peserta perlu merakam dan memuat naik video penyertaan mereka ke http://strepsils.com.my/therightnote/ bermula 16 April hingga 28 Mei 2015 bagi merebut tempat dalam kelompok lima terbaik.
Diadili menerusi gabungan undian daripada juri professional dan orang awam, lima peserta terbaik kemudiannya akan berentap di peringkat akhir yang setiap satu daripadanya akan diumumkan pada 13 Jun 2015 di lokasi yang akan ditetapkan tamat tempoh penyertaan.