Suka membeli belah secara atas talian seperti di Instagram dan Facebook? Kini anda boleh membeli-belah daripada peniaga-peniaga online ini secara offline menerusi MEGA BAZAAR pada 21 dan 22 Jun bertempat di Hall A, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).
Acara yang dianjurkan oleh Eh Eh Bazaar Sdn Bhd dengan kerjasama strategik Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) WP Putrajaya dan Kolej UNITI meletakkan objektif untuk memegang rekod sebagai satu perhimpunan besar-besaran usahawan online seluruh Malaysia dan menggalakkan aktiviti keusahawanan terutamanya di kalangan bumiputera dan membantu meningkatkan ekonomi ummah serta mempromosikan produk dan perniagaan usahawan online kepada umum.
Mensasarkan untuk menarik lebih 1000 usahawan untuk menyertai acara ini, program ini juga akan menyaksikan penglibatan 50 artis dan selebirti turut sama menjual pelbagai produk mereka. Antaranya termasuk pelakon Neelofa , Mila Jirin, Afdlin Shauki, Mawi, dan Ekin, Adira, Yana Shamsuddin, Eira Syazirah, Nabil Ahmad, Mizz Nina dan Noh Hujan, Ameer (Forteen), bintang bola sepak, Khairul Fahmi dan ramai lagi selebirti lain.
Jika anda sendiri berminat untuk membuka booth di Mega Bazaar ini nanti, pihak Eh Eh Bazaar Sdn Bhd juga berbesar hati mengundang kesemua usahawan yang menjalankan perniagaan secara online untuk menyertai acara ini dengan harga serendah RM 400 (dua hari) lengkap dengan kumudahan seperti penghawa dingin, meja dan kerusi, kemudahan meletakkan kenderaan dan tram pengankutan . Selain boleh mengembangkan perniagaan, peiaga juga boleh bersua muka dan bertemu sendiri dengan pelanggan secara berhadapan.
Untuk yang berminat boleh menghubungi nombor 012- 292 0131 untuk keterangan lanjut.