Perlumbaan Ironman 70.3 bakal berlangsung di Putrajaya pada 13 April ini bersamaan hari Sabtu. Menjadi perhatian tentu sekali kepada juara dunia dua kali Ironman 70.3 dan tiga kali juara dunia Ironman, Craig Alexander.
Walaubagaimanapun, Alexander baru-baru ini mengumumkan persaraannya daripada perlumbaan Ironman dan menumpukan lebih banyak masa untuk jarak yang lebih pendek, 70.3 dan juga menumpukan perhatian kepada keluarga di samping membina perniagaan kejurulatihan.
Ironman 70.3 di Putrajaya
Dengan keluasan 650 hektar, tasik buatan manusia yang terbentang di seluruh kawasan bandar. Menariknya, tasik ini dihiasi dengan taman botani yang luas, menjadi tempat latihan pilihan kebanyakan triathletes tempatan Malaysia.
Ironman 70.3 Putrajaya mempunyai 25 slot kelayakan untuk 2014 Ironman 70.3 Kejohanan Dunia di Mont-Tremblant, Quebec, Kanada.
Maklumat lanjut Ironman 70.3, sila layari www.ironmanputrajaya.com.