Lebih banyak rangkaian pakaian dan kasut yang boleh didapati kini dari koleksi rekaan Pharrell Williams untuk adidas Originals bagi musim Bunga/Panas 2016. Rata-rata rekaan mempunyai corak serta reka bentuk yang sama bagi koleksi dewasa dan kanak-kanak. Ia diinspirasi dari jiwa yang penuh dengan getaran keasyikkan pulau yang disinar matahari serta alam semula jadi. Koleksi ini juga secara tidak langsung diterap dengan elemen kesenian dan minat mendalam Pharrell terhadap muzik, seni serta fesyen yang bergabung dengan semangat kejituan adidas Originals.
Koleksi istimewa khas untuk wanita diserikan dengan variasi padanan bikini yang dihiasi corak hasil ilham hutan yang terbentang luas di pulau-pulau. Fabrikasi lembut dan jarang seperti Chiffon pula berjaya diolah untuk menjadi jaket sukan unik (tracktop) serta baju poncho bergaya yang dilapik dengan lapisan material kalis air, malah disensasikan bersama 3 jalur ikonik jenama Adidas.
Manakala untuk lelaki, corak menonjol bisa dilihat dari setipa sudut reka setiap helaian pakaian serta seluar pendek termasuklah lambang “trefoil” jenama Adidas dan jaket jenis Varsity
Kebanyakkan rekaan yang dihasilkan Pharrell musim ini adalah berlandaskan jiwa yang sentiasa ceria, dipenuhi cetakan dan penggunaan palet warna ranggi, sekaligus memperlihatkan aura muzik dan artistiknya dalam setiap helaian yang berkonsepkan laut, pulau dan kehijauan alam semula jadi ini.
Tidak lupa, rekaan sepatu juga adalah lebih bersahaja dan ringkas, sesuai untuk gaya pemakaian santai yang juga sempat diselitkan dengan konsep alam. Rekaan kasut sarung bertali (senakers) untuk koleksi “Pink Beach” didatangkan dalam dua warna pilihan termasuk biru dan coklat.
Koleksi Pink Beach versi kanak-kanak pula ditawarkan untuk bayi dan kanak-kanak yang beumur 0 hingga 5 tahun.
Koleksi istimewa Adidas Originals = Pharrell Williams “Pink Beach” untuk musim bunga/panas 2016 boleh dibeli dari butik dan pengedar barangan Adidas yang sah di seluruh dunia, pada harga dari RM140 – RM360 untuk koleksi dewasa manakala RM150 – RM199 untuk koleksi bayi dan kanak-kanak.
Untuk keterangan lanjut dan jika anda berminat membeli secara atas talian, sila layari shop.adidas.com.my atau sertai komuniti Adidas di media sosial dengan #adidasMY di @adidasOriginals, @pharrell dan www.facebook.com/adidasMY.