Ketika anda baca tajuk kami di atas, rasanya ini bukan perkara dan fakta baru untuk anda . Namun kami tertarik untuk berkongsi dengan anda satu eksperimen yang telah divideokan sebagai bukti yang lebih jelas dan nyata mengenai perkara ini.
Sebagai sebahagian daripada kempen kesedaran kanser payudara oleh Nestlé Fitness, seorang pelakon perempuan yang telah dipakaikan coli berwarna merah jambu dan telah bersiar-siar sekitar London selama sehari. Apa yang orang ramai tidak tahu tentang wanita ini adalah, beliau terdapat satu kamera tersembunyi diletakkan pada coli wanita tersebut.
Melalui rakaman kamera tersebut, dapat dilihat dengan jelas siapa yang mencuri pandang pada bahagian tersebut dan bagaimana reaksi orang -orang disekeliling. Bukan sahaja lelaki, wanita juga tidak terlepas daripada hasil intipan ini. Daya tarikan ini sebenarnya masih menjadi misteri untuk dirungkaikan oleh para saintis sekalipun.
Tonton video ini sendiri. Lucu, tapi untuk wanita, jadikan pengajaran juga. Maksud kami melainkan anda sendiri suka diberi perhatian sebegini, maka kenalah sentiasa menjaga pakaian dan berjaga-jaga . Sendiri mau ingatlah.