Pereka fesyen antarabangsa terkemuka dunia Oscar De La Renta dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 82 tahun. Berita yang baru sahaja diwar-warkan ini telah disahkan oleh isterinya Annette de la Renta.
Untuk pengetahuan anda, beliau adalah pereka fesyen yang bertanggungjawab mereka gaun mewah dan indah untuk selebriti terkenal seperti Amal Clooney (isteri George Clooney). Beliau juga menjadi pilihan selebriti untuk mereka busana yang digayakan di majlis berprestij seperti di Met Gala.
Berasal dari Republik Dominican, beliau mula menjadi terkenal pada tahun 60-an, apabila beberapa hasil rekaannya digayakan oleh bekas wanita pertama Jacqueline Kennedy.
De La Renta memulakan kerjaya seninya pada usia 18 dengan belajar melukis di Madrid. Di sanalah juga dia mengembangkan cinta terhadap rekaan fesyen dan mula menjadi perantis dengan pereka Cristbal Balenciaga, yang juga merupakan mentornya, dia juga pernah bekerja dengan pereka Lanvin di Paris.
Pereka fesyen terkenal ini mula disahkan menghidap kanser pada tahun 2006.