Kejadian wanita ditelan eskalator minggu lepas, menjadikan penduduk di China mengambil langkah berjaga-jaga semasa menaiki ke tingkat lain menggunakan eskalator.
Semalam (1 ogos) perkara yang sama berulang kembali. Kaki seorang tukang cuci terpaksa dipotong kerana tersangkut di eskalator.
Masih lagi dalam keadaan trauma, penduduk di China melakukan pelbagai inisiatif bagi mengelakkan kejadian tersebut berlaku dan menjadikannya salah satu mangsa ditelan eskalator. Antaranya adalah:
1. Sediakan payung sebelum hujan
Wanita ini dilihat menggunakan payung untuk periksa tempat yang menelan mangsa ke dalam ruangan dalam eskalator tersebut.
2. Anak menjadi keutamaan
Seorang bapa memeriksa dan mengutamakan keselematan anaknya dahulu.
3. Mengelak
Wanita ini bertinda untuk mengelak dengan berjalan di tepi ruangan yang selalu membaham orang.
4. Periksa
Langkah berjaga-jaga bagi yang menggunakan perkhidmatan eskalator
Terdapat juga aksi yang agak melampaui batas, dan sebenarnya agak merbahaya jika tidak mampu berbuat demikian dan mengawalnya.
Tetapi jangan risau, kerana sekarang terdapat butang kecemasan yang boleh ditekan bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku lagi.
Tidak kira di mana juga anda berada, pengguna perlu sentiasa berhati-hati ketika menaiki eskalator. Selain itu, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini dalam jangka masa panjang. Ini kerana, bagi mengelak kematian ‘ditelan’ eskalator ini berlaku sekali lagi.
[SUMBER]