Wahai pemilik kucing di Malaysia! Peraduan Kucing Kebangsaan Whiskas 2015 oleh Mars Foods Malaysia Sdn Bhd (Mars) telah bermula dan masih ada masa untuk anda menghantarkan penyertaan bagi kucing kesayangan anda! Peraduan ini bermula pada 1 Jun 2015 dan akan dilangsungkan sehingga 31 Julai. Terdapat tiga kategori – Si Manja Mata Mempesona, Si Manja Bergaya dan Si Manja Hiper-Comel.
Untuk menyertai peraduan Kucing Kebangsaan Whiskas Tahun 2015, apa yang anda perlu lakukan adalah menghantar gambar kucing anda dalam mana-mana tiga kategori ini – Si Manja Mata Mempesona, Si Manja Bergaya atau Si Manja Hiper-Comel menerusi laman Facebook Whiskas Malaysia atau pos menggunakan Pos Malaysia bersama-sama borang peraduan yang boleh didapatkan daripada cawangan yang menjual produk Whiskas berhampiran anda. Setiap penyertaan perlu disertakan dengan bukti pembelian mana-mana produk Whiskas antara 1 Jun hingga 31 Julai 2015. Setiap peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan untuk semua kategori, sama ada kucing yang sama atau berlainan, tetapi setiap penyertaan perlu ada bukti resit yang berbeza, dan setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
Lima peserta dan kucing mereka akan disenarai pendek daripada setiap kategori untuk Peringkat Akhir yang akan diadakan pada 3 Oktober 2015 di Aeon Ampang Utara 2 (AU2). Penyertaan ini akan disenarai pendek pada Ogos dan jemputan akan dihantar kepada 15 peserta terbaik pada September. Kesemua peserta yang telah disenarai pendek tidak akan pulang dengan tangan kosong. Daripada 15 peserta disenarai pendek, seekor kucing yang memiliki ketiga-tiga ciri utama kucing yang sihat akan dinobatkan sebagai Kucing Kebangsaan Whiskas Tahun 2015. Kucing bertuah dan pemiliknya akan membawa pulang wang tunai RM10,000 dan setahun bekalan produk Whiskas, manakala Pemenang Kategori bagi setiap tiga kategori akan membawa pulang wang tunai RM5,000 dan bekalan 6 bulan produk Whiskas. Dan 11 lagi peserta disenarai pendek akan membawa pulang Hadiah Saguhati berupa bekalan 6 bulan produk Whiskas.
Untuk menyertai atau maklumat lanjut mengenai peraduan Kucing Kebangsaan Tahun 2015 Whiskas, layari laman Facebook Whiskas Malaysia.