Aplikasi tempahan hotel saat akhir, HOTELQUICKLY (HQ) telah mengumumkan penambahan features dan updates yang memudahkan pengguna untuk membuat tempahan lebih pantas dan lancar.
Baca: Travel Pada Saat Akhir Kini Mudah Dengan HOTELQUICKLY!
Dengan aplikasi HotelQuickly versi terbaharu, 3.0.0, tempahan hotel pada saat akhir kini lebih mudah. Interface yang mesra pengguna menjadikannya lebih ringkas untuk merancang dan membantu pengguna menempah hotel pilihan.
Aliran tempahan hotel yang dipermudah membolehkan pengguna membuat tempahan hotel dengan lebih pantas dan cekap. Maklumat penting mengenai hotel-hotel yang telah ditambah, dimuatkan ke dalam satu laman sahaja yang lebih memudahkan pengguna untuk melihatnya. Interface terbaharu ini juga didatangkan dengan animasi dan 9 bahasa yang berbeza — memastikan proses tempahan berjalan dengan lancar!
Pengguna juga boleh melihat ramalan cuaca dan ulasan daripada pengguna sebelum ini bagi memastikan keperluan dan kehendak travel semua pengguna aplikasi HotelQuickly dapat dipenuhi.
HotelQuickly kini beroperasi di 15 negara dengan lebih daripada 190 destinasi. Ia memberikan lebih 5,000 pilihan hotel di seluruh Australia, Cambodia, Hong Kong, Indonesia, Laos, Macau, Malaysia, Myanmar, New Zealand, Philippines, Singapore, South Korea, Thailand, Taiwan, dan Vietnam.
Dengan melebihi 70,000 muat turun, aplikasi HotelQuickly memenuhi permintaan tempahan hotel saat akhir dan mentakrif semula konsep tempahan hotel secara spontan dalam perdagangan mudah alih.
Muat turun HotelQuickly di App Store dan Google Play, sekarang!
Laman web: http://www.hotelquickly.com
Facebook: http://www.facebook.com/HotelQuickly
Twitter: http://www.twitter.com/HotelQuickly
Instagram: http://www.instagram.com/HotelQuickly