Rakyat Malaysia yang permohonan BR1M 3,0 nya ditolak, masih berpeluang membuat rayuan. Menurut laporan Sinar Harian Online, Kemeneterian Kewangan mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan bahawa, pemohon boleh membuat rayuan dengan merujuk laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau ke jabatan tersebut.
Menurut laman web br1m3.com, pemohon yang telah mengemaskini butiran bank, bantuan BR1M 3.0 sepatutnya diterima selewatnya pada 25 Februari 2014.
“We are still in the process of crediting the payment and everything should be done no later than Monday. So far, all goes well and we hope there are no interruptions during the process. However, we have set up an emergency plan if any disruptions in our system, “ ( “Kami masih dalam proses mengkreditkan pembayaran dan segala-galanya perlu dilakukan tidak lewat daripada Isnin. Setakat ini, semua berjalan dengan baik dan kami berharap tidak ada gangguan semasa proses tersebut. Walau bagaimanapun, kami telah menetapkan satu pelan kecemasan jika ada gangguan dalam sistem kami, “)
Untuk pengesahan status permohonan, pemohon boleh menelefon talian 03-83138987/8988/8989/8990 .
Pemohonan juga tidak digalakkan membuat andaian terlalu awal terutamanya yang menerima pembayaran melalui baucar memandangkan tarikh akhir pembayaran BR1M 3.0 adalah pada 15 Mac 2014 dan diberikan secara berperingkat.
Sumber : SinarHarian dan www.br1m3.com