Baru-baru ini kami ada menganjurkan sebuah peraduan [ Giveaway ] Menangi Sebuah Basikal Beroda Tiga ‘The School’ Bernilai RM300 pada tarikh 11 Ogos 2014 dan sambutan yang kami terima amatlah menggalakkan.
Peserta dikehendaki menjawab dua soalan mudah berikut:
1. Bila acara berbasikal dalaman Sun Day Out akan diadakan?
Jawapan : Sun Day Out akan mengadakan acara berbasikal dalaman (indoor) secara percuma bermula pada 17 Ogos , setiap ahad daripada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
2. Kanak-kanak dari usia berapa boleh menyewa basikal dan basikal beroda tiga?
Jawapan : Basikal dan basikal beroda tiga boleh disewa percuma oleh kanak-kanak yang berumur tiga hingga tujuh tahun.
Seperti yang dijanjikan, kami akan mengumumkan satu nama pembaca Wanista yang bertuah sebagai pemenang pada hari ini. Pemenang untuk peraduan ini adalah Puan Norfadila Binti Matnor (830603-03- ***6) .
Kami telah pun menghubungi pemenang melalui alamat email yang diberikan. Keputusan adalah muktamad. Terima kasih untuk sokongan anda yang menyertai peraduan ini.