Ini berita baik untuk pemandu dan pengguna jalan raya yang akan memulakan perjalanan balik kampung mereka musim perayaan ini.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata 23 syarikat konsesi lebuh raya telah bersetuju untuk memberi insentif kepada pengguna jalan raya dalam bentuk tol percuma, diskaun dan rebat.
Maju Expressway Sdn Bhd (MEX) mengecualikan tambang tol bagi pengguna jalan raya pada 28 Julai.
PLUS, yang mengendalikan lima lebuh raya akan menawarkan diskaun 30% untuk Kelas Satu kenderaan yang menggunakan Kad Pemindahan Elektronik (ETC) pada Julai 23, 24, 30 dan 31.
Jadual berikut mengandungi info lebih terperinci tentang kadar diskaun yang diberikan.
Via The Star Online