Syarikat automatif terkemuka, Bosch kini sedang mencari enam bakat muda dalam mencipta inovasi baru dari seluruh dunia, untuk mengambil bahagian dalam the Bosch World Experience.
Pembekal global untuk teknologi dan perkhidmatan ini akan menghantar peserta untuk mengembara selama 16-hari di seluruh dunia untuk melawat projek-projek yang terkenal yang melibatkan Bosch . Destinasi pengembaraan musim panas ini adalah termasuk London, Panama City, San Francisco, Shanghai, dan Singapura.
Pemohonan perlu dihantar antara 8 April dan 16 Mei 2014 di www.experience-bosch.my