LINE Corporation, pemilik dan pengendali aplikasi panggilan dan pesanan percuma LINE, hari ini mengumumkan pelancaran LINE untuk Google Chrome, yang menawarkan sambungan percuma untuk aplikasi LINE yang serasi dengan sistem operasi Chrome, Windows, Mac dan Linux.
Tidak seperti versi sedia ada untuk PC, LINE untuk Windows dan Mac OS X, pengguna LINE versi sambungan Google Chrome hanya perlu membuat pemasangan perisian sekali sahaja di PC yang mempunyai perisian Chrome menggunakan akaun Google mereka.
Sebagai tambahan kepada ciri-ciri utama chat LINE, sambungan ini menawarkan pelbagai ciri-ciri berguna untuk pengguna PC, seperti kebolehahan untuk merakam paparan skrin. Ia juga memudahkan pengguna untuk menghantar fail bersaiz sehingga satu gigabit dengan pantas dan berkesan.
LINE untuk Google Chrome turut menawarkan ciri terbaru yang dikenali sebagai Memos, ia membolehkan pengguna membuat nota sendiri atau menyimpan dan menyusun atur teks serta gambar. Memos meluaskan lagi jumlah peranti yang tersedia kepada pengguna LINE, membolehkan mereka untuk menyegerakkan senarai tugas yang dibuat di rumah ke mana-mana PC hanya dengan mendaftar masuk ke dalam akaun Google mereka.
LINE versi Google Chrome tidak menawarkan ciri daftar masuk automatik bagi melindungi keselamatan pengguna. Sebagai tambahan, pengguna perlu mengesahkan identiti mereka menerusi LINE versi telefon pintar dulu sebelum mereka boleh mendaftar masuk menggunakan peranti baru. Ciri-ciri seperti panggilan audio serta video dan Timeline tidak ditawarkan dalam LINE versi Google Chrome. Pengguna yang ingin memanfaatkan ciri-ciri berkenaan disaran menggunakan LINE versi PC.
LINE untuk Google Chrome kini menjadi sebahagian daripada rangkaian LINE yang direka khas untuk telefon pintar dan peranti sampingan, seperti PC (Windows dan Mac), iPad, dan peranti boleh pakai. Menerusi pelancaran ini, LINE Corporation berharap dapat merapatkan jurang antara pengguna yang masih belum lagi menggarap idea menggunakan LINE dalam pelbagai peranti, mewujudkan pengalaman yang menyenangkan untuk semua pengguna LINE.
Link berguna:
Homepage LINE
Mobile: http://line.naver.jp/app/en/
Untuk Rakan Kongsi LINE
http://line.naver.jp/partner/pc/index/en
Laman Facebook LINE Malaysia
http://www.facebook.com/line.malaysia
Laman Blog Rasmi LINE
YouTube Rasmi LINE