Jika anda gemar menonton filem Hollywood, mesti anda biasa melihat pelakon veteran ini, memainkan watak paderi, bapa, pelawak, kaunselor, polis dan pelbagai lagi. Terbaru dari Hollywood, pelakon dan pelawak Robin Williams ditemui mati di rumahnya di California dan disyaki akibat membunuh diri. Pelakon veteran yang pernah merangkul anugerah Oscar, 63, ditemui mati sejurus sebelum tengah hari di rumahnya di Tiburon, California Utara.
Walaubagaimanapun, Divisyen Koroner Pejabat Sheriff mengesyaki kematiannya adalah bunuh diri akibat asfiksia.
Antara filem lakonan pelakon serba boleh ini ialah Good Morning, Vietnam, Night at The Museum, Happy Feet, Mrs. Doubtfire dan banyak lagi malah yang terbaru muncul dalam siri The Crazy Ones.
Selebriti yang sempat tweet berita mengejutkan dunia Hollywood.
Astro Awani, wikipedia, dailymail