Setelah kejayaan yang dikecapi pada fasa pertama sekitar September tahun lepas, Fonterra Foodservices Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen Anchor Say Cheese buat kali yang kedua.
Kempen ini mengetengahkan beberapa jenis pastri yang dibuat menggunakan produk tenusu jenama Anchor sendiri, yang merangkumi kolaborasi bersama beberapa bakeri tempatan sekitar Malaysia. Setiap bakeri diberi peluang untuk mengolah kembali resepi asli pastri yang dicipta oleh Chef pastri Fonterra berpengalaman, berlandaskan ramuan produk tenusu seperti susu, keju serta krim dari jenama Anchor sendiri.
Antara pemanis mulut yang diperkenalkan untuk kempen Anchor Say Cheese musim ini adalah termasuk Almond Rosa iaitu sejenis kek span berkacang yang dilapisi cream cheese. Cheeznie ialah sandwich brownies coklat yang dihiasi walnut cincang. First Love pula adalah sejenis roti yang diperkaya dengan rasa inti gula perang cream cheese serta taburan gula perang untuk lebih rasa kerangupan. Manakala Lady Marmalade ialah roti manis berinti cream cheese perisa oren, dihiasi pula hirisan kulit oren untuk aroma sensasi yang bisa mempengaruhi deria rasa anda.
Pelanggan serta para peminat pastri kini berpeluang menikmati pastri berkrim ala Eropah yang boleh didapati RT Pastry Bakeries (Lembah Klang), Bread History (Pulau Pinang), Bakers Hut (Seri Manjung), Born n Breads (Ipoh), Patisfrance & Yeast Pastry (Melaka), Veluxe Cake House (Skudai), Fung Seng (Muar), Port View Euro Bread (Kota Kinabalu), Taka (Kuching) dan Hot Cross Bun (Miri).
Anchor sebagai jenama peneraju oleh Fonterra begitu komited untuk menyediakan serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia bagi mendapatkan produk hasil tenusu bermutu yang datangnya dari pembekal tenusu terbesar dunia, New Zealand.
Tidak ketinggalan, bagi pelanggan yang membeli dua kotak pastri Anchor akan diberi sudu pencuci mulut edisi terhad secara percuma. Seleksi roti yang diramu menggunakan produk Anchor pula boleh dibeli dari harga RM3.20 dan ke atas manakala RM6.90 dan ke atas untuk pilihan hidangan pastri kek.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.fonterrafoodservices.net