Sebuah ranking global yang dikenali sebagai Indeks Sekatan Visa Henley & Partners menyenaraikan Malaysia di tempat kesembilan terbaik daripada 219 negara di seluruh dunia. Pasport Malaysia diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia di mana rakyatnya dibenarkan menggembara ke 163 negara tanpa menggunakan visa.
Selain Malaysia, Singapura antara negara di Asia Tenggara yang turut tersenarai dalam kelompok 10 terbaik, kekal di tempat keenam dengan rakyatnya dibenarkan memasuki 167 negara tanpa menggunakan visa. Negara-negara Asia lain termasuk Jepun dan Korea Selatan masing-masing menduduki tempat keempat dan ketujuh.
Sementara itu, negara Eropah seperti Finland, Sweden dan United Kingdom tersenarai di kedudukan pertama di mana setiap warganegaranya dibenarkan masuk ke 173 negara tanpa menggunakan visa. Manakala, Amerika Syarikat pula menduduki tempat kedua.
Antara negara yang tercorot adalah Pakistan dan Somalia (91), Iraq (92) dan Afghanistan (93).
mstar online, mynewshub.my, the star