Seorang suami yang marah akan perbuatan curang isterinya telah bertindak memasang “perangkap samar” bom tangan pada kereta yang disangkanya milik kekasih isterinya tersebut.
Kejadian berlaku di Kampung Baru Subang , Petaling Jaya pada hari Sabtu lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang, suspek merupakan seorang bekas tentera berusia 50 tahun dan mendakwa bahawa isterinya telah berlaku curang kepadanya dan dia sebelum ini telah mengekori isteri dan kekasih isterinya ke rumah tersebut.
Si suami tersebut telah menyangka kereta tersebut milik kekasih isterinya namun sebenarnya ia adalah milik sepupu kepada lelaki tersebut yang kerap diziarahi. Difahamkan bahawa, si suami itu juga sememangnya mempunyai niat untuk membunuh kedua-dua isteri dan lelaki yang didakwa sebagai kekasih isterinya dengan bom yang dipasangnya sebagai perangkap.
Perangkap tersebut telah diperbuat dengan meletakkan batu untuk menahan bom daripada meletup dan akan meletup sebaik sahaja ia tertekan atau dilepaskan. Malangnya, bom tersebut meletup selepas ia dipandu oleh sepupu lelaki tersebut , Chong May Loon. Letupan tersebut telah mengakibatkan kerosakan pada bahagian belakang kereta berkenaan namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan.
Bekas tentera tersebut telah ditahan polis 15 jam selepas kejadian dan akan ditahan reman sehingga 19 Septemer ini untuk membantu siasatan kes cubaan membunuh. Polis juga masih menyiasat tentang perolehan bom tangan tersebut.
Isteri kepada suspek yang ditemui di rumah kekasihnya di Shah Alam pula mendakwa dia teleh berpisah dengan suaminya. Dia juga turut mendakwa telah didera suspek.
[ Sumber : The Star Online & Kosmo Online, Imej Via The Star Online ]