Menurut seorang menteri di di Britain, Seema Malhotra yang juga merupakan jurucakap anti domestik parti buruh di Britain, suami yang menggelar atau memanggil isteri dengan panggilan “gemuk” boleh dikategorikan telah melakukan keganasan domestik. Kelakukan ini dianggap sebagai “tingkah laku mengawal” yang memberi kesan lebih buruk daripada serangan fizikal selain membuatkan wanita tersebut menjadi takut dan diganasi di rumah sendiri.
Malhotra juga menegaskan bahawa mengkritik penampilan wanita boleh dilihat sebagai ‘penanda penderaan fizikal pada masa akan datang’.Beliau juga telah berkongsi bahawa terdapat kes di mana seorang isteri lari meninggalkan rumah dengan alasan sifat suaminya yang cuba mengawal kehidupannya dan ia bermula mengkritik penampilan wanita tersebut.
Bagi penulis sendiri perbuatan mengkritik penampilan dan fizikal orang lain memang boleh dianggap sebagai “penderaan” dan “buli” kerana kata-kata negatif seperti ini akan menjejaskan kayakinan diri individu tersebut mungkin untuk tempoh yang lama. Terutama jika kritikan tersebut datang daripada si suami. Ada beza menegur untuk membina dan mengkritik untuk menghina.
[ Sumber ]