Wahai wanita sekalian, sudahkah anda membuat senarai periksa yang sempurna?
Krismas bakal menjelang kurang dari sebulan lagi. Sama ada anda sedang mencari sesuatu yang ranggi, comel, feminin, elegen, berkilau atau klasik, Tory Burch ada semua yang anda impikan!
Dengan berbesar hatinya, Tory Burch menawarkan panduan mencari hadiah yang sesuai buat yang masih dihantui kebuntuan dalam mencari sesuatu yang bersesuaian dengan cita rasa eksklusif anda itu.
Jom kita lihat, apa yang istimewanya untuk koleksi kapsul Tory Burch musim perayaan ini!
BEG TANGAN
Diinspirasi dari pelbagai rona menarik dan tekstur grafik yang pelbagai. Kesemua jenis beg adalah menusuk kalbu! Tote metalik berkerlipan bagai bintang sesuai untuk gaya ranggi yang menonjol manakala untuk mereka yang gemarkan rekaan klasik,bag tangan bersulam motif floral dihiasi pula rambu-ramba tassel senada dari Tory Burch adalah yang terbaik!
KASUT
Daripada fabrik baldu hinggalah ke hiasan sulaman manik pastinya menaikkan seri gaya anda. Amat sesuai untuk dipakai ke majlis sambutan Krismas nanti!
KOLEKSI KHAS MUSIM SEJUK
Topi yang diperbuat daripada material kashmir menjadi penyumbang haba yang baik pada musim dingin. Yang paling menarik, koleksi khas musim sejuk ini adalah warna-warni!
AKSESORI
Perincian emas dan warna tona kulit adalah antara gandingan fesyen hangat musim ini!
REKAAN KULIT TULEN
Dompet syiling, tali pengikat leher anjing, pelindung telefon pintar serta tali pengukur yang dihiasi dengan peincian unik dari Tory Burch ini pasti menjadi hadiah yang paling istimewa kepada si penerima. Walaupun kecil, ianya memadai.
HIASAN RUMAH
Tory Burch bukan sekadar arif berkenaan fesyen, malah juga di dalam bidang perkakasan rumah. Lilin wangi yang diisi didalam gelas kaca berhias corak keemasan adalah idea hadiah yang sungguh bernas!
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari www.toryburch.com