Sempena sambutan ulang tahun yang ke-2, LEGOLAND® Malaysia Resort telah mengumumkan pelancaran Pameran Model LEGO® Star WarsTM Miniland di Resort tersebut. Ini merupakan tarikan pertama seumpamanya di Asia dan pameran model LEGO® yang terbaru di LEGOLAND® serata dunia.
Tarikan itu menampilkan tujuh adegan popular daripada enam filem Star WarsTM dan siri animasi terkenal: Star Wars: The Clone WarsTM dengan cukup terperinci. Secara keseluruhannya, lebih 2,000 model LEGO telah dihasilkan pada skala 1:20 menggunakan lebih 1.5 juta kepingan LEGO. Pusat tarikan itu akan dibuka kepada orang awam pada 6 September 2014.
Keunikan Pameran Model LEGO® Star WarsTM Miniland:
– Ditempatkan di bangunan berbentuk oktagon yang memiliki saiz lantai seluas 900m2 yang dibahaikan kepada lapan kawasan. Enam kawasan setiap satunya menempatkan satu adegan ikonik daripada enam buah filem Star WarsTM.
– Kawasan ketujuh menampilkan satu adegan daripada filem animasi terkenal: Star Wars: The Clone WarsTM.
– Kawasan kelapan pula menawarkan pelbagai hadiah dan cenderahati. Cenderahati untuk dijual termasuk set bangunan LEGO® yang sukar ditemui seperti Death Star, R2-D2, Millennium Falcon, Super Star Destroyer, Ewok Village dan banyak lagi. Kedai tersebut juga memiliki senarai lengkap material mainan LEGO® Star WarsTMplay selain keychain LEGO® Star WarsTM, magnet dan pelbagai topi dan kemeja-T.
Difahamkan, lima puluh peratus daripada lebih 2,000 model di Pameran Model LEGO® Star WarsTM Miniland dipasang di Malaysia sementara selebihnya lagi merupakan model-model LEGO® yang telah siap dipasang di Jerman dan Republik Czech.
Layari laman web: www.LEGOLAND.my atau hubungi pejabat tempahan di talian +607-597 8888 untuk meklumat lanjut mengenai promosi ini. Dapatkan juga kemas kini mengenai aktiviti menarik kami di Twitter: https://twitter.com/legoland_my dan Instagram di http://instagram.com/legolandmy.