Bagi anda yang ingin mengambil jalan pintas memotong barisan semasa berlaku kesesakan jalanraya di musim perayaan ini, mungkin anda patut berfikir dua kali. Polis akan mengeluarkan saman maksimum RM300 kepada pemandu yang menggunakan lorong kecemasan di semua laluan sepanjang Op Selamat 2014 sempena musim perayaan ini.
Operasi berkenaan bermula Isnin ini hingga 4 Ogos depan, membabitkan pelbagai agensi keselamatan termasuk bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Khalid berkata, polis akan menempatkan anggota trafik di 60 lokasi panas, iaitu kawasan kerap berlaku kemalangan di seluruh negara selain bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguatkuasakan undang-undang.
Lapor Jika Ternampak
Jika anda ternampak kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan, anda boleh membuat aduan yang boleh dihantar terus ke aduantrafik@jpj.gov.my. Pastikan gambar kelihatan jelas dan terang, nyatakan tarikh, masa, lokasi dan butiran pengadu perlu lengkap.