Apa makna Hari Raya tanpa drama serta siri hiburan terbaik di kaca televisyen anda? Oleh itu, seperti kebiasaan, saluran ONE HD yang terkenal dengan hidangan seleksi hiburan Korea yang hebat akan membawakan kepada anda beberapa seleksi drama dan racangan menarik untuk ditonton sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang bakal kunjung tiba minggu hadapan.
Ayuh berkumpul bersama sanak-saudara serta keluarga untuk menonton sambil berkongsi emosi, gelak-tawa dan keseronokan kala menonton rancangan televisyen Korea pilihan yang telah banyak memberi efek kepada kehidupan kita. Ini adalah termasuk, 4 buah drama bersiri terbaru, 2 rancangan variasi menarik serta 3 lagi drama aksi berterusan.
YOU ARE MY PRESENT: Tayangan bermula pada 2 Julai 2016, setiap hari Sabtu, jam 7.30pm.
Drama ini berkenaan si pereka pakaian kostum, Kong Hyun Soo yang baru sahaja kehilangan ingatan saat perkahwinannya baru sahaja didirikan. namun, berbekalkan semangatnya serta keinginan untuk berjaya di dalam hidup akhirnya wanita ini menemui kebahagiaan yang berkekalan.
Lakonan Heo Yi Jae, Cha Do Jin, Choi Myung Gil, Jin Ye Sol dan Kim Chung.
THE LOVE IS COMING: Tayangan bermula 10 Julai 2016, setiap hari Ahad, jam 7.30pm.
Berkisarkan tentang ikatan kekeluargaan di mana seorang wanita ini telah dilukai hatinya oleh cinta. Namun, dirinya mula sedar bahawa cinta dan kasih sayang keluarga itu lebih bermakna dari segalanya.
Lakonan Kim Ji Young, Lee Mi Yeong, Ko Se Won, Lee Hoon.
WITCH’s CASTLE: Tayangan bermula 12 Julai, setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 9.25pm.
Selepas sebuah kebakaran ngeri yang melibatkan kedua ibu dan bapanya, wanita ini secara tidak langsung turut kehilangan suami tercinta walhal mereka baru sahaja berkahwin. Kehidupannya lebih perit apabila terpaksa tinggal bersama ibu mertua serta kakak iparnya yang juga turut tidak bersuami kerana sebuah penceraian. Adakah mereka dapat bergantung sesama sendiri untuk meneruskan hidup yang sunyi tanpa cinta laki-laki?
Lakonan Choi Jungg Won, Yoo Ji In, Shin Dong Mi, Seo Ji Suk.
YEAH, THAT’s HOW IT IS: Tayangan bermula 21 Julai 2016, setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 6.55pm.
Jom intai kehidupan harian keluarga yang etrdiri daripada pelbagai lapisan umur yang tinggal bersama dalam sebuah rumah. Namun begitu, mereka sering dipengaruhi oleh konflik kekeluargaan dek kerana personaliti dan gaya hidup mereka yang jauh berbeza. Bisakah mereka meletakkan perbezaan sifat mereka di luar rumah supaya dapat membangunkan ikatan kekeluargaan yang lebih harmoni?
Lakonan Lee Soon Jae, Seo Ji Hye, Shin So Yul dan Jung Hae In.
THE RACER: Tayangan bermula 4 Julai, setiap hari Isnin, jam 8.00pm.
Dalam rancangan variasi ini, 10 selebriti terpilih bakal dilatih untuk menjadi ahli lumba kereta yang hebat. Mereka akan menyaingi satu sama lain untuk dinobatkan sebagai pelumba kereta terhebat!
Dibintangi Jung Bo Suk, Chu Sung Hoon, Jung Chan Woo, Kim Yeon Woo, Jung Hye Bin, Han Seung Yeon, Jin Woon, Park Hyung Sik, Niel, Jung Da Ra.
LAW OF THE JUNGLE IN NEW CALEDONIA: Tayangan bermula 5 Julai, setiap hari Selasa, jam 11.00pm.
Untuk musim terbaru ini, barisan selebriti lagenda kegemaran ramai seperti David Mclnnis, Park Joon Hyung akan menyertai kumpulan kembara LAW OF THE JUNGLE untuk meneroka bumi New Caledonia! Mereka akan beraksi, merebut takhta untuk menjadi raja hutan yang sebenar!
Dibintangi Kim Byung Man, Kwon Yuri, Eunwoo, Kim Young Kwang, Yoon Park, Jeongyeon, Heo Kyung Hwan, Hong Seok Cheon, David Lee Mclnnis, Park Joon Hyung.
DOCTORS: Setiap hari Selasa hingga Rabu, tepat jam 8.10pm.
Oleh kerana zaman kanak-kanaknya yang pahit, Hye Jung lakonan Park Shin Hye membesar dalam keadaan yang tertekan dan sukar untuk meletakkan kepercayaan terhadap orang lain.
Selepas beberapa ketika berkhidmat di dalam penjara sebagai salah seorang kakitangan perubatan, akhirnya dia menemui seorang jejaka yang merupakan Pakar Bedah Otak hebat, Hong Ji Hong lakonan Kim Rae Won yang berjaya memimpin dirinya untuk berubah menjadi seseorang yang lebih yakin diri. Hye Jung berjaya meninggalkan memori lampaunya yang kelam di belakang untuk menjadi seorang Pakar Bedah Otak juga mungkin?
Lakonan Park Shin Hye, Kim Rae Won, Lee Sung Kyung, Yoon Kyun Sang.
WANTED: Setiap hari Khamis hingga Jumaat, jam 8.10pm.
Jun Hye yang merupakan seorang pelakon wanita ternama mahu mengumumkan persaraannya dlaam industri filem tempatan berikutan kes penculikkan anaknya.
Kerana terlalu terdesak untuk menemui semula anaknya, dia dipaksa oleh dalang penculikan tersebut untuk melalui beberapa siri misi yang memerlukan dia untuk muncul dalam siaran langsung televisyen. Adakah Jun Hye akan berjaya menyelamatkan nyawa anaknya yang mungkin berada dalam bahaya ketika ini?
Lakonan Kim Ah Joong, Uhm Tae Woong, Ji Hyun Woo.
LOVE STORY IN HARVARD: Tayangan bermula 27 Julai 2016. Setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 5.40pm.
Berkisarkan tetang tiga orang pelajar di Harvard University, Hyun Woo lakonan Kim Rae Won, Jung Min lakonan Lee Jung Jin dan Soo In lakonan Kim Tae Lee.
Hyun Woo dan Jung Min sedang bertarung untuk mendapatkan segulung ijazah serta cinta yang abadi. Dua jejaka ini bergolak dengan kehendak diri sendiri di mana Hyun Woo berjaya untuk menstabilkan antara pelajarannya dengan keinginan hati yang satu lagi manakala Jung Min pula kian lesap ke arah kegagalan saat bergelut dengan pelajarannya.
Kedua-dua mereka ini sebenarnya meletakkan harapan yang tinggi terhadap wanita yang sama iaitu Soo In, merupakan pelajar perubatan yang datang dari keluarga yang miskin tetapi gigih mahu mencapai impian dan cita-citanya. Bisakah akhirnya mereka bertiga berjaya memenuhi segala impian dan kehendak yang terbuku di hati?
Lakonan Kim Rae Won, Kim Tae Hee, Lee Jung Jin, Kim Min.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton kesemua rancangan hiburan terbaik yang ditawarkan oleh Astro ONE HD, saluran 393 sepanjang musim perayaan ini!