Drama Korea secara senyap akan menyuntik antidot romantis ke dalam diri setiap penonton yang mengamatinya.
Oleh itu, bersempena dengan sambutan Hari Kekasih yang jatuh pada hari Ahad ini, khas buat anda dan pasangan, Oh!K, Astro saluran 394 akan menampilkan pelbagai drama romantis Korea terbaik untuk tontonan anda bersama seperti She Was Pretty yang akan ditayangkan pada 14 Februari tepat jam 5.20pm, manakala Just Married yang akan ditayangkan pada setiap hujung minggu sepanjang bulan Februari ini pada jam 5.20pm.
Selain bakal menghiburkan anda dengan siri-siri serta drama Korea menarik bersama anda, Oh!K turut berkongsi 6 cara menarik bagaimana anda boleh menghangatkan lagi sambutan Hari Kekasih tahun ini bersama dengan pasangan tercinta!
#1 Coklat Yang Mendapat Sentuhan Peribadi
Manisan coklat itu sendiri sudah amat sinonim dengan sambutan Hari Kekasih. Tetapi, sekadar coklat sahaja mungkin tidak cukup untuk menambat hati kekasih anda, jadi apa kata untuk mewujudkan sedikit kelainan sambutan kekasih tahun ini, anda memberui sedikit sentuhan peribadi ke atas coklat berkenaan.
Anda tahu tak? Di Korea, ia adalah merupakan satu tradisi bagi seorang gadis untuk memberi coklat kepada si jejaka sebagai tanda kasih sayang bersempena hari istimewa yang ini.
#2 Dapatkan Gaya Ala Pasangan Korea Dengan Pakaian Sedondon
Sudah menjadi kebiasaan untuk para pasangan di Korea memakai pakaian yang sedondon. Ini adalah untuk menggambarkan komitmen mereka terhadap satu dengan yang lain. Pakaian yang dimaksudkan di sini adalah seperti baju T, jaket, sandal, topi dan beg sandang. Apa sahaja asalkan anda menggayakannya bersama-sama!
Selain kelihatan comel, ini adalah jalan yang paling mudah untuk memberitahu satu dunia bahawa cinta anda pada si dia adalah luhur dan sejati! Jika memakai pakaian sedondon itu adalah sedikit keterlaluan bagi anda, anda dan pasangan boleh cuba memakai pakaian sama warna. Itu sudah memadai. 🙂
#3 Keluar Malam Dan Berkongsi Makanan?
Makan malam bersama pada Hari Kekasih? Yup! Mesti menarik! Okay, oleh kerana makan malam romatik itu sudah selalu anda lakukan bersama, jadi apa kata anda cuba makan makanan Korea pula kali ini.
Makanan Korea memang di hidangkan dengan cara yang berasingan agar senang untuk dikongsi bersama. Jadi apa tunggu lagi? Dari pembuka selera, menu hidangan utama, hidangan sampingan hinggalah kepada pencuci mulut, kesemua bahagian hidangan adalah bersesuaian untuk dinikmati dua orang! Jika anda tidak pasti di mana anda dan pasangan boleh menikmati makanan ala Korea, anda boleh cuba klik pautan ini RESTORAN KOREA.
#4 Gambar Bersama
Sementara fenomena selfie sedang menghantui dunia, di Korea, mengambil selfie bersama pasangan tercinta itu bukanlah sesuatu perkara yang janggal. Untuk sambutan kali ini, gunalah kamera milik anda dengan sebaiknya. Rakam detik-detik indah anda bersama pasangan untuk disimpan dan dijadikan kenangan yang paling bermakna!
#5 Sentiasa Berhubung
Berhubunglah sepanjang hari bersama dengan pasangan anda. Mungkin ada di antara anda yang menjalani perhubungan jarak jauh di mana pasangan anda berada nun jauh di negeri orang. Jadi, untuk tetap menyambut hari istimewa ini, anda boleh terus berhubung dengan si dia melalui aplikasi Whatsapp, WeChat, LINE, KakaoTalk, Viber dan banyak lagi!
Ini sekadar untuk memberi peringatan kepada dirinya, walaupun anda berdua berjauhan, tetapi anda masih sentiasa teringatkan si dia. Kejutkan pasangan dengan mesej-mesej romatis yang unik!
#6 Berpegang Pada Perasaan
Di Korea, sambutan ulang tahun perkenalan (anniversary) di sambut dengan cara yang sedikit lain. Seperti kebanyakkan pasangan, kita menyambut ulang tahun perkenalan secara tahunan, tetapi masyarakat Korea menyambutnya setiap 100 hari sekali!
100 hari itu menjadi simbol kepada komitmen jangka panjang mereka terhadap satu dengan yang lain, diserikan pula dengan makan malam istimewa, kek, hadiah atau kesemuanya sekali!
Selamat berbahagia!