Tahniah buat pelakon cantik, Nur Fathia yang baru sahaja dilantik sebagai jurucakap produk wangian Avon, Only Delight. Menurut Fathia, dia sudah lama menggunakan produk wangian Avon iaitu sejak berusia belasan tahun dan tidak menyangka rezeki berpihak kepadanya untuk mewakili produk jenama antarabangsa itu.
“Sejak remaja saya memang menggunakan beberapa produk Avon kerana ia antara produk terbaik di pasaran jadi bila ditawarkan jadi duta wangian mereka saya tidak fikir panjang dan bersetuju. Bagi saya ini adalah peluang untuk memperkenalkan kebaikan produk itu kepada peminat dan generasi muda,” katanya.
Wangian Only Delight kini sudah mula dijual pada harga RM69.90 di semua butik dan wakil kecantikan Avon di seluruh negara. Sebelum ini Avon pernah melantik beberapa selebriti wanita tempatan bagi mewakili produk mereka antaranya Scha Al-Yahya, Nur Fazura dan Erra Fazira.