Pembuat kaca mata dari Itali, Luxottica Group memperkenalkan koleksi kaca mata yang sesuai untuk destinasi percutian anda!
Tampak elegan dengan pilihan lensa yang besar serta bulat merupakan pilihan terbaik untuk menikmati dan menghirup udara segar di destinasi percutian.
Himpunan label-label terkenal seperti Dolce & Gabbana, Burberry, Giorgio Armani dan Coach bakal membuat anda tampil bergaya di mana jua anda berada!
Burberry Garbedine
BE2189
Cermin mata optik dari Burberry sempena kempennya, Burberry Garbedine. Rekaan persis mata kucing bersama temple berwarna logam emas merupakan pilihan yang lembut dan bersesuaian dengan semua tempat.
Coach
Coach Hangtag Chain jewelry. Rekaan yang elegan dan sleek disaluti dengan warna emas yang menonjol dan mengikut peredaran fesyen terkini.
Dolce&Gabbana Spain in Sicily
Koleksi kaca mata Musim Panas Dolce&Gabbana 2015 diinspirasikan oleh pelbagai corak dan warna daripada pengaruh Sicily di Spanish.
Kaca mata ‘Spain in Sicily’ merupakan koleksi edisi terhad yang memaparkan elemen penari flamenco, dan rekaan yang menyentuh eccentricity.
Giorgio Armani
Rekaan yang sesuai untuk peragaan mahupun di luar pentas, disebabkan dengan sentuhan elegannnya. Kaca mata berbentuk rama-rama ini direka dengan ringkas bersama logo Giorgio Armani.
Koleksi gabungan daripada label-label terkenal ini tidak terhad kepada koleksi wanita sahaja, malah bagi para lelaki juga anda boleh bergaya dengan rekaan yang kena dengan jiwa maskuliniti anda!
Selanjutnya, layari laman web Luxottica disini.