F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (FNBM) memberi anda lebih banyak sebab untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri! Peraduan Ceria Raya Bersama F&N bakal menawarkan hadiah berjumlah lebih daripada 1 juta Ringgit. Hadiah-hadiah yang disediakan termasuklah sebuah MPV (kenderaan pelbagai guna), sebuah kereta sedan dan kediaman kontemporari di Shah Alam, Selangor bernilai RM1 juta! Terdapat juga hadiah-hadiah harian untuk dimenangi dan apa yang anda perlu lakukan hanyalah menikmati pelbagai jenis minuman F&N pada Hari Raya ini!
Peraduan Ceria Raya Bersama F&N ini sungguh mudah untuk disertai. Anda hanya perlu melakukan empat langkah mudah berikut untuk menang besar!
- Beli mana-mana produk F&N yang terlibat dalam peraduan ini. Jenama-jenama yang turut terlibat adalah 100PLUS, F&N Fun Flavors, F&N SEASONS NutriSoy, F&N SEASONS NutriWell, F&N SEASONS Tea dan Oishi.
- Jawab 3 kenyataan ‘BETUL’ atau ‘SALAH’ pada borang penyertaan.
- Lengkapkan borang penyertaan dengan butiran peribadi anda.
- Hantar penyertaan anda bersama-sama dengan Bukti Pembelian (tab tarik, label botol atau pek TetraPak jenama yang terlibat) dan hantarkan ke alamat:
Peraduan CERIA RAYA BERSAMA F&N
Peti Surat 8861, Pejabat Pos Kelana Jaya,
46899 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Pemenang berpeluang membawa pulang sebuah rumah impian 80′ x 20′ (ruangan binaan 2429 kaki persegi) yang terletak di kawasan perumahan prestij di Laman Glenmarie, Shah Alam Selangor bernilai RM1 juta!
Hadiah lain yang ditawarkan di acara akhir adalah:
- Hadiah Pertama, sebuah Toyota Innova 2.0E M/T bernilai RM97,000
- Hadiah Kedua, sebuah Nissan Almera 1.5L E A/T bernilai RM63,000
- Hadiah Ketiga, satu Set Sistem Teater Rumah yang terdiri daripada 1 TV UHD Samsung 65″, 1 Sistem Teater Rumah Samsung & 1 JBL Sound Bar bernilai sebanyak RM30,000
- Hadiah Keempat, iaitu wang tunai RM10,000
Bukan itu sahaja – F&N juga akan memberikan lima (5) hadiah harian, iaitu wang tunai RM200 setiap satu, untuk 61 hari berturut-turut kepada pemenang bertuah! Jadi, apa tunggu lagi? Sebarkan berita gembira perayaan dan anda semakin hampir untuk berpeluang memiliki rumah impian bernilai RM1 juta dengan peraduan Ceria Raya Bersama F&N!
Peraduan Ceria Raya Bersama F&N berlangsung dari 1 Jun 2015 hingga 31 Julai 2015. Borang penyertaan peraduan boleh didapati di semua kedai yang menyertai di seluruh negara dan boleh dimuat turun daripada laman web FNBM http://www.fnbm.com.my/. Maklumat lanjut mengenai peraduan juga terdapat di laman web tersebut.