Makanan kegemaran Malaysia, Laksa, kini boleh didapati di Teh Tarik Place sepanjang bulan Sepetember ini. Lebih menarik lagi, menu baru ini ditawarkan daripada jenis laksa variasi pelbagai negeri.
Terdiri daripada tiga pilihan, termasuklah Laksa Istana, laksa tidak bersantan dengan kuah kari khas Teh Tarik Place, dimasak dan dihidangkan panas dengan udang, terong, kacang panjang, potongan tauhu dan telur.
Anda juga boleh mencuba Nyonya Laksa, hidangan laksa yang disediakan dalam kuah santan yang pekat bersama sup udang.
Bagi tidak sukakan pedas, Laksa Lemak yang disajikan dengan kuah putih mengandungi santan dan ikan rebus,adalah alternatif yang menarik untuk anda.
Ketiga-tiga menu laksa ini akan disajikan bersama dengan pencuci mulut Sira Labu yang juga dikenali sebagai ” pengat labu” secara percuma.
Pelanggan yang ingin memesan menu lain di Teh Tarik Place, seperti Mee Goreng Mamak, Nasi Kerabu, Nasi Goreng TTP atau Roti Canai, masih boleh berbuat demikian dalam tempoh promosi ini.
Teh Tarik Place boleh didapati di The Curve, Mutiara Damansara , 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, IOI Mall, Bandar Puchong ,Empire Shopping Gallery, Subang Jaya ,Paradigm Mall, Kelana Jaya, Setia City Mall, Bandar Setia Alam ,Metropoint Complex, Kajang, Sooka Sentral, Kuala Lumpur ,Nu Sentral, Kuala Lumpur, Ayer@8, Presinct 8, Putrajaya ,Bangi Gateway Shopping Complex, Bandar Baru Bangi dan DEMC Specialist Hospital, Shah Alam .
Untuk maklumat lanjut layari www.tehtarikplace.my atau fb.com/tehtarikplace