Kumpulan Heartland , konsortium pertanian epal dari New Zealand telah memperkenalkan jus pertama yang dikomersialkan daripada produk signature mereka sendiri ; eve Apples , antaranya Royal Gala dan Braeburn. eve Juice telah membuat debut globalnya di Jason ‘s Food Hall , Bangsar Shopping Complex.
Jus epal ini tidak asli tanpa pengawet dan gula tambahan ini dipasarkan dalam botol karaf 1 liter dan boleh didapati secara eksklusif di Kumpulan Peruncit GCH di Malaysia antaranya Jason Food Hall, Mercato dan Cold Storage.
Berbeza dengan jus epal komersial yang ada di pasaran, eve Juice membolehkan pengguna menikmati jus epal dengan yang asli kerana ia mengekalkan rasa dan aroma semulajadi epal. eve Apples hanya ditanam dan boleh ditemui di muka bumi New Zealand dan telah terkenal kerana kelazatan rasanya yang kaya dengan jus. Rasa manis semulajadi buah ini juga membuatkan ia tidak perlu menjadikan gula sebagai ramuan tambahan sekaligus menjadikannya sebagai pilihan makanan yang sihat terutamanya buat kanak-kanak. Ciri semulajadi yang terdapat pada buah ini menjadikannya sangat ideal untuk dinikmati dalam bentuk jus.
Setiap botol mengandungi jus daripada lapan buah epal dan boleh didapati dengan harga pengenalan RM19.90 eksklusif di Jasons Food Hall, Mercato dan Cold Storage.