Semakin pendek skirt, semakin murah harga makanan. Dalam usaha untuk membawa masuk lebih ramai wanita makan di sini, sebuah restoran hotpot di China kini menawarkan diskaun kepada wanita yang memaakai skirt pendek. Semakin pendek skirt, semakin kurang mereka bayar untuk makanan.
Menurut People’s Daily Online, Yang Jia Hot Pot Restaurant di Jinan, timur China menawarkan diskaun untuk pelanggan yang memakai mini skirts. Pekerja akan mengukur berapa banyak kulit yang ditunjukkan dari lutut ke atas. Anda boleh mendapatkan 20% diskaun daripada bil jika skirt anda 8cm di atas lutut dan 90% jika ianya 33cm di atas lutut.
Difahamkan, pengasas restoran yang terkenal menawarkan promosi istimewa setiap bulan, Eason Yang berkata “Ini adalah musim yang kurang memberangsangkan untuk restoran hotpot. Kami mahu memulakan kempen promosi yang boleh menarik ramai pelanggan datang.
Sumber – dailymail.co.uk & complex.com & Says.com