Bersempena menyambut Hari Kopi Sedunia pada 29 September yang lalu, Gedung atas talian yang kian maju, menjadi buah mulut para pengguna dan pembeli atas talian, 11street Malaysia kini gigih bergabung tenaga untuk mengiktiraf jenama kopi pertama negara iaitu Nescafé menjadi sebahagian draipada keluarga 11street.
Melebarkan sayap ke Malaysia sejak April tahun lepas, syarikat gedung atas talian yang berpangkalan di Korea itu kini menjadi lebih peka dengan kehendak dan minat populasi di Malaysia dalam menyediakan servis dan barangan yang bermutu demi kepuasan hati semua.
Kopi adalah minuman yang boleh dianggap sebagai kemestian untuk masyarakat di Malaysia masa kini terutama golongan muda yang menjadikan café dan gerai kopi sebagai tempat persinggahan untuk mereka melepaskan tekanan dan bersantai.
Telah wujud banyak kedai kopi atau café yang sedang membangun di seluruh negara terutama disekitar bandaraya Kuala Lumpur. Ini dapat dilihat oleh syarikat Nescafé sendiri bahawasanya, mereka punyai peluang yang lebih jelas untuk menarik para pengguna yang fokus kepada produk kopi untuk menikmati aroma dan rasa segar kopi bermutu tinggi daripada rangkaian jenamanya.
Secara luhurnya, Malaysia telah pun menjadi sebuah negara yang mengamalkan minuman kopi dan teh sejak dari dulu, tidak kira ketika sarapan mahupun minum petang, kopi dan teh telah menjadi hidangan minuman lazim bagi semua peringkat umur masyarakat Malaysia.
“Anak-anak muda terutamanya, mempunyai minat mereka yang tersendiri terhadap rasa kopi dan dalam pada waktu yang sama oleh kerana mereka juga menyukai kemudahan dan kecekapan servis gedung atas talian atau e-commerce, itu adalah perkara yang kami cuba realisasikan melihat kepada hubungan kerjasama antata Nescafé dan 11street.”
“Hasilnya, Nescafé membuat keputusan untuk memasarkan produk inovatif baharu kami termasuk NESCAFÉ Mountain Wash dan NESCAFÉ Dolce Gusto ke peringkat seterusnya selain menumpukan fokus jualan kepada generasi muda dengan memasarkannya secara online di 11street,” kata Sherif Hani, Pengurus Eksekutif Perniagaan (Minuman) Nescafé.
Tambahan pula, adalah lebih mudah para pengguna atau pelanggan untuk membeli barangan di 11street kerana mereka berpeluang untuk membaca dan memahami lebih teliti penerangan atau maklumat berkenaan sesuatu produk selain bisa mendapatkan ulasan produk berdasarkan komen-komen dan ulasan yang diberikan oleh pelanggan terdahulu melalui ruangan review yang terdapat di setiap paparan laman barangan yang hendak dibeli.
Melangkah ke hadapan, 11street akan menambah lebih banyak produk Nestlé untuk pasarannya. Beberapa item promosi baharu adalah seperti Nescafé Mountain Wash, Nescafé 3 dalam 1 Caramel Latte dan Blend Nescafé & Brew Zero.
Untuk maklumat lanjut ataupun pembelian barangan pasaran 11street serta Nescafé, sila layari www.11street.my