Gigi Hadid? Jessica Alba? Megan Fox? Mereka ini semua mempunyai bentuk badan yang cukup membuatkan kita sebagai wanita cemburu. Bayangkan pakai apa sahaja, cantik terletak elok di badan mereka. Anda tak cemburu ke?
Boleh dikatakan majoriti daripada kita menjadikan selebriti sebagai contoh atau inspirasi dalam mendapatkan bentuk badan ideal. Jadi, terfikir juga apa agaknya senaman yang diamalkan mereka ini. Jom selidik!
Jessica Alba – Pelakon Hollywood ini memilih sukan pertahanan diri iaitu tinju sebagai rutin senaman mereka agar tampil fit dan menawan sentiasa. Tidak hairanlah meskipun Jessica Alba yang sudah bergelar ibu tetapi tubuh masih kekal muda dan remaja.
Lea Michele – Mendaki dan berjalan di sekitar Los Angeles adalah satu rutin pilihan aktres berbakat besar ini untuk memastikan tubuhnya sentiasa fit dan sihat. Ianya demi mendapatkan bentuk kaki dan peha lebih langsing dan terbentuk cantik. Baca:RAHSIA LEA MICHELE MILIKI PERUT RATA. JOM SELIDIK!
Gigi Hadid – Model terkenal ini kerap kelihatan di gim sekitar kota New York untuk sesi kelas tinju demi mengekalkan tubuh badan yang cantik dan menawan setiap masa.
Alexa Chung – Model yang bertubuh tinggi langsing ini memilih untuk menyertai kelas balet untuk memastikan tubuhnya sentiasa kurus.
Kim Kardashian – Kim Kardashian sentiasa memastikan yang dirinya punyai masa untuk melakukan treadmill untuk mengekalkan tubuh idamannya. Bahkan, khabarnya Kim turut menyertai boot camp untuk lebih latihan untuk tubuh yang lebih kuat.
Taylor Swift – Agaknya apa senaman pilihan penyanyi Bad Blood ini? Taylor memilih kelas balet untuk mengekalkan tubuhnya yang cantik sempurna.
Megan Fox – Dambakan tubuh bak Megan Fox? Mungkin kali ini anda patut pilih senaman plank seperti yang diamalkan oleh aktres hot ini untuk tampil slim, toned dan seksi.
Katy Perry – Penyanyi wanita ternama ini membakar lemak dan kalori dengan melakukan senaman skipping untuk dapatkan tubuh langsing dan kurus.