ZALORA bekerjasama dengan Naelofar Hijab, baru-baru ini telah melancarkan koleksi tudung mereka, Naelofar for ZALORA. Koleksi ini telah dilancarkan dengan menampilkan tutorial hijab dan pameran fesyen, juga dengan kerjasama Lifebuoy, yang telah diadakan di Hilton Kuala Lumpur.
Eksklusif untuk Raya 2015, koleksi sulung yang dipanggil ‘Majestic Love’, mempunyai pilihan yang menarik seperti selendang yang diinspirasi daripada keindahan cinta dan kasih saying. Koleksi tudung tersebut diperbuat daripada unsur-unsur lembut dan keras dan menampilkan rekaan instant shawl atau selendang segera dengan elemen bunga kulit dan kristal Swarovski. Terdapat 24 warna yang merangkumi pilihan warna pastel, warna gelap dan warna terang.
Peneraju fesyen tudung terkemuka di Malaysia, Naelofar Hijab telah berkembang pesat di bawah naungan pengasasnya, pelakon dan pengacara, Noor Neelofa. Kerjasama dengan ZALORA ini akan membolehkan jenama tersebut lebih dikenali dalam pasaran atas talian dan mempunyai potensi yang lebih luas untuk lebih terdedah kepada para pelanggan.
“Koleksi Majestic Love ini berkisarkan tentang kemegahan dan keanggunan. Kami mahu ia tampil bergaya, elegan, serta kami juga menggunakan perincian yang ringkas. Namun, kami juga memberikan sedikit sentuhan tambahan dengan menggunakan kulit untuk motif bunga dan bukannya kain lembut biasa,” jelas Neelofa.
Koleksi ini merupakan inisiatif ZALORA untuk membawakan fesyen Muslimah yang terbaik kepada pelanggan yang dihargai.
Lifebuoy merupakan salah satu penaja rasmi koleksi ini. Sebagai sabun kesihatan terkemuka di dunia, Lifebuoy mensasarkan untuk membawa perubahan dengan mewujudkan produk kebersihan yang mudah diakses dan menggalakkan tabiat kebersihan yang sihat. Untuk kerjasama ini khususnya, Lifebuoy meraikan detik pertama wanita memakai hijab dengan menyokong kepentingan kebersihan ketika memakai hijab. Bagi mengukuhkan lagi inisiatif ini, Lifebuoy akan memberikan 100 pasang tudung Naelofar for ZALORA pada musim Ramadan ini kepada para ibu dan kanak-kanak. Untuk memenangi tudung ini, mereka hanya perlu mengambil gambar dengan anak masing-masing dengan hashtag #DetikPertamaLifebuoy.
Noor Neelofa mengasaskan Naelofar Hijab pada September 2014. Didorong oleh transformasi peribadinya sendiri dan semangat besar beliau dalam bidang fesyen, beliau melancarkan Naelofar Hijab untuk menawarkan penyelesaian yang praktikal dan bergaya untuk wanita Muslim moden.
Koleksi Naelofar untuk ZALORA boleh didapati di ZALORA.com.my bermula 11 Jun 2015, khusus untuk para hijabista di seluruh Malaysia untuk berpeluang memiliki hijab keluaran Naelofar sempena musim Raya ini.