Seiring waktu berlalu, wangian yang segar seperti di awal perhubungan — bunga-bungaan, pewangi, lilin berharuman mula hilang perlahan-lahan. Diselubungi pelbagai bau yang tidak menyenangkan seperti stokin kotor, makanan dan rutin harian yang padat — sukar untuk pasangan yang sibuk mendapatkan mood untuk bercinta apabila dikelilingi dengan bau-bau harian yang tidak menyenangkan.
Ambi Pur menjemput semua pasangan untuk menghangatkan semula asmara dengan koleksi terkini MoodTherapy dengan menghilangkan bau yang tidak diingini dan membawakan kembali kesegaran cinta!
Koleksi MoodTherapy Ambi Pur dicipta intuk menjadikan rumah pasangan lebih kondusif untuk mencipta asmara.
Koleksi tersebut telah dilancarkan di Sunway Pyramid dengan kehadiran rakan usaha kempen ini iaitu Harith Iskander dan isterinya, Dr. Jezamine Lim. Majlis pelancaran diselitkan dengan taklimat ‘scent-sational’ oleh Joon Wong, Presiden Persatuan Pakar Aromaterapi Malaysia (MAPA) yang menerangkan tentang kegunaan wangian untuk mempengaruhi dan mengubah mood.
Joon percaya bahawa wangian sangat penting terutamanya apabila manusia sentiasa berada di dalam kitaran rutin harian yang membosankan. Beliau berkata, menggunakan wangian di rumah adalah salah satu cara paling mudah dan cepat untuk menghangatkan asmara bersama pasangan. Beliau turut menjelaskan bahawa wangian yang berbeza diterima dengan berlainan oleh setiap individu dan boleh memberikan mereka mood yang tertentu atau mengimbas kembali memori — terutamanya memori di awal perhubungan.
Harith Iskander dan isteri pula berkongsi mengenai kepentingan menghidupkan asmara di dalam perkahwinan. Pasangan selebriti ini menasihatkan bahawa usaha yang kecil sangat bermakna dan boleh menyegarkan semula hubungan. Pasangan romantik ini turut berkongsi bagaimana mereka meluangkan masa untuk menghangatkan asmara, dan bagaimana mereka berdua melakukannya di rumah dengan bantuan MoodTherapy.
Ambi Pur mencipta tiga mood untuk citarasa yang berbeza dengan varian Love’s Bouquet, Relax & Unwind, dan Splash of Revival. Love’s Bouquet mengingatkan anda kepada cahaya lilin dan haruman bunga yang mengasyikkan. Relax & Unwind mengundang anda ke dalam taman dimana anda boleh berehat sambil menikmati secawan teh herba. Manakala Splash of Revival pula membawa anda memasuki hutan hijau dan beristirahat di bawah teduhan pohon-pohon besar sambil menikmati tiupan angin segar.
Setiap varian ini boleh didapati dalam bentuk Febreze Fabric Freshener (RM11.90), Ambi Pur Set & Fresh (RM18.50), Ambi Pur Air Effects (RM19.90) dan Ambi Pur Gel Fresh (RM9.90).