Berita baik untuk semua si fesyenista! Mońki, jenama fesyen Sweden bakal buka butik kedua di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur pada tahun ini. Difahamkan butik baru tersebut terletak di IOI City Mall Putrajaya dan akan dibuka secara rasmi pada 10 November ini.
Dengan keluasan 320 meter persegi, butik kedua ini mempunyai ciri-ciri sama seperti butik pertama di Nu Sentral Mall yang mengetengahkan konsep Sea of Scallops yang turut mendapat pencalonan dalam Anugerah Fesyen Global WGSN.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara pembukaan di butik kedua Mońki, ikuti Instagram rasmi Mońki dan Facebook.