Sekitar bulan Julai, Milktee telah melancarkan koleksi eksklusif ‘Strong Girl’. Menariknya, perkataan Strong Girl adalah tulisan tangan khas oleh Pebble Paper Design.
Idea disebalik koleksi ini memberi pesana kepada semua wanita di luar sana untuk menjadi kuat dalam setiap aspek kehidupan dan jangan sesekali membiarkan orang lain ‘pijak’ diri anda.
Bersempana dengan koleksi ini, Milktee akan bekerjasama dengan Women’s Aid Organisation (WAO) dengan menderma 10% daripada jumlah jualan Strong Girl. Milktee berganding bahu dengan WAO untuk membantu wanita di seluruh dunia untuk menamatkan keganasan rumah tangga, keganasan terhadap wanita dan lain-lain bentuk diskriminasi antara jantina.
Koleksi ini terdiri daripada sweater, baju, kasut dan tas tangan. Rekaannya boleh dipakai ke mana-mana sahaja, atau dipakai dalam pelbagai gaya yang berbeza sama ada untuk kerja, riadah malah ke majlis-majlis.
Berminat? Anda boleh dapatkan koleksi ini di laman web www.milktee.nu dengan harga bermula RM69.90 sehingga RM159.90.
Untuk info lanjut, anda boleh semak Facebook Milktee.