Mengikuti jejak Rihanna, Lady Gaga dan Nicki Minaj, Miley Cyrus telah dinamakan sebagai wajah baru kempen MAC Cosmetics’ Viva Glam. Malah, pekhabaran menggembirakan ini juga dikongsi oleh Miley di laman twitternya dengan tweed :- ‘Going #VIVAGLAM with @MACcosmetics. Look for my lipstick in early 2015.’
Terkenal kerana cintanya pada warna yang berani dan terang pada pakaian dan solekan wajah, Miley jelas mengambil inspirasi dari gaya dirinya untuk mencipta produk bibir yang eksklusif.
Untuk pengetahuan anda, Viva Glam lip product duo – bright pink lipstick dan shimmery lip gloss akan mula berada di pasaran pada awal tahun depan.