Musim perayaan hujung tahun, Krismas yang bakal menjelang adalah masa terbaik untuk anda mengeluarkan perkakasan DIY menciptakan suasana perayaan lebih ceria dan meriah. Ia memberikan suasana rumah anda sesuatu yang lebih peribadi dan unik untuk ditunjukkan kepada para tetamu yang berkunjung ke rumah anda.
Di sinilah Spotlight, pusat kraf, parti dan dekorasi hiasan dalaman, hadir melunaskan tanggungjawabnya. Sempena memperkenalkan rangkaian produk terbaru penuh magis menjelang musim perayaan yang bertemakan “Make it Merry”.
Apa yang menarik warna-warna tradisi seperti merah dan hijau sehinggalah ke warna-warna metalik dan lembut, koleksi “Make It Merry” Spotlight 2015 menyediakan kepelbagaian tidak terhingga membuatkan hari perayaan anda bakal diingati. Lihat sendiri empat rangkaian penuh inspirasi, untuk dicampur atau disuai padankan, hasil cadangan pasukan Spotlight.
Merry and Bright
Untuk mereka yang ingin menjiwai sentimental sempena tradisi. Rangkaian ‘Merry and Bright’ terdiri daripada warna-warna popular seperti merah dan hijau serta sentuhan biru memukau. Meski pun warna biru bukanlah konvensional, namun ia menambah elemen ceria dan keterujaan disamping mengekalkan kebiasaan. Terdapat pelbagai figurin menarik seperti patung Santa serta figurin comel dan ikonik yang lain, termasuklah rangkaian stokin dan loceng menanti anda untuk diletakkan sebagai item perhiasan rumah.
Festive Glam
Ada masanya kita perlu lari daripada garis kebiasaan untuk mencipta kelainan. Tema ‘Festive Glam’ dicipta untuk mereka yang ingin tampil lebih menonjol dan gemar bereksperimen dengan bulu haiwan palsu dan metalik. ‘Festive Glam’ mengetengahkan corak motif haiwan pada stokin, reben serta ‘baubles’. Untuk menghasilkan corak motif haiwan, anda boleh menggabungkannya dengan kombinasi hitam atau merah agar kelihatan menarik.
Cozy Chalet
Bagaimana jika anda seorang yang mahu mengekalkan tradisi tetapi mengidamkan kelainan menerusi pilihan warna? Rangkaian ‘Cozy Chalet’ adalah untuk anda yang menggemarkan elemen rustik dan mengasyikkan. Ia tetap menyerlahkan suasana musim perayaan walaupun ia hanya hadir dalam palet warna putih dan ungu. Kebanyakan aksesori ini menggunakan bahan semulajadi seperti kayuan dan ia mengetengahkan unsur semulajadi dekor. Ia sudah pasti menonjolkan suasana perayaan lebih meriah dalam mengekalkan keselesaan rumah anda.
Snowy Invitation
Anda juga boleh memilih tema musim sejuk dengan ‘Snowy Invitation’. Ia diinspirasikan hasil daripada kombinasi elemen Scandinavia serta ‘chic’, untuk menukarkan ruang dalaman rumah anda menjadi sesuatu yang lebih anggun dengan kepebelbagaian hiasan seramik dan aksesori ‘matte’. Rangkaian ini dikuasai oleh warna putih terdapat juga sedikit campuran warna merah jambu keperangan dan hijau pudina. Walaupun ia meminjamkan beberapa warna, ia meningkatkan keterampilan ruang seolah-olah persekitaran yang dicipta daripada ais.
Rangkaian terbaru Spotligh “Make it Merry” mula berada di pasaran bermula Oktober 2015. Inilah masanya untuk anda membuat persiapan berkunjung ke mana-mana tiga cawangan Spotlight di Ampang Point, IPC Shopping Centre atau The Mines Shopping Mall.
Untuk mendapatkan berita terkini dan promo menarik, layari :
Laman web – Spotlight Malaysia
Facebook – Spotlight